Tanda-Tanda
Saat-Saat Kematian
100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di
arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut
lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan
mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering
kelihatan seperti sedang pusing.
7 hari : Mengidam makanan.
5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
3 hari : Bagian tengah di dahi bergerak-gerak
2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
1 hari : Terasa bagian
ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan asar.
Saat akhir : Terasa sejuk dari bagian pusat hingga ke tulang sulbi (di bagian belakang badan)
Saat akhir : Terasa sejuk dari bagian pusat hingga ke tulang sulbi (di bagian belakang badan)
Bila Malaikat Mencabut Nyawa
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila
telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke
dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya
melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang
pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai
ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang
lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya
mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan
menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan
saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau
orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril A.S. akan
menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat
melihat kedudukannya di surga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga,
maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana
sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril
A.S."
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahwa apabila Allah SWT menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahwa apabila Allah SWT menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh
orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya
berzikir kepada Allah SWT." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan
itu, maka dia pun kembali kepada Allah SWT dan menjelaskan apa yang diucapkan
oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah
ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah
SWT maka malaikat maut pun coba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan.
Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan
kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak
ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini
telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan
ini menulis ilmu pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk
mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari
arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini
kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan
berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh
orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik
saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini
kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir
sekali malaikat maut cuba
mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata
maka berkata mata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini
sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini
sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut
kembali kepada Allah SWT. Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada
roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah SWT maka
malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah SWT.
Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya
kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah
ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu
Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:
1. Roh para Nabi dan
utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama
menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang
berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada
berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin
yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di llangit sampai
hari kiamat.
6. Roh anak-anak
orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang
kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai
hari Kiamat."
Telah bersabda
Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para
malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang
mati syahid.
2. Orang-orang yang
mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di
hari Arafah.
marilah kita semua mengintropeksi diri kita apakah kita sudah mempersiapkan diri kita untuk menghadapi kematian, Sekian untuk ingatan kita bersama,semoga dapat menjadi pelajaran untuk kita bersama,wassalam
Tidak ada komentar:
Posting Komentar